Harga runcit diesel dinaikkan tiga sen kerana kerajaan banyak tampung subsidi – Hasan

By  |  0 Comments

SONY DSC

Laporan Bernama hari ini menyebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter bermula hari ini disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.

“Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula kita tidak boleh turunkan harga.

“Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita (melainkan) untuk naikkan harga tiga sen seliter,” katanya.

Semalam, Hasan dalam satu kenyataan berkata bermula 1 Dis, harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 dan RON95 turun empat sen kepada RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel dinaikkan tiga sen kepada RM2.23 seliter.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan akan memantau harga pasaran pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya selain mengkaji beberapa pendekatan baharu berdasarkan maklum balas akar umbi.

Ditanya mengenai aduan pengedar petrol dan diesel yang mendakwa mengalami kerugian kerana membeli pada harga tinggi sebelum harga runcit bahan api itu diturunkan, Hasan berkata kerajaan sedang meneliti perkara tersebut.

“Kami mahu menggembirakan semua pihak dan cuba untuk memudahkan pihak pengedar petrol dan diesel,” katanya.

Mengulas perkembangan berkaitan, Hasan berkata susulan penurunan harga runcit petrol, pengeluar dan pemborong juga perlu bertindak serupa dengan menurunkan harga barangan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq