Mitsubishi Triton VGT Red Peak ditawarkan hanya 10 unit sahaja – Khas untuk Sabah & Sarawak

By  |  0 Comments

Triton VGT Red Peak Limited Edition

Sempena dengan pelancaran Mitsubishi Red Peak Challenge di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut memperkenalkan model Triton VGT Red Peak edisi terhad.

Model edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam 10 unit sahaja untuk Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) sahaja. Ia ditawarkan pada harga RM114,550 untuk Sabah dan RM114,640 di Sarawak (kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa insurans).

Model eksklusif Triton VGT ini turut didatangkan dengan stiker kerangka edisi terhad Red Peak, dan rekaan baharu tempat duduk balutan kulit dengan kekemasan berwarna merah. Selain itu, ia juga tampil dengan rim aloi berwarna matte black bersaiz 17-inci yang sesuai digunakan untuk pemanduan lasak.

Model edisi terhad Mitsubishi Triton VGT Red Peak ini turut ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM7,000 bersama dua tahun penyelenggaraan percuma atau rebat tunai sehingga RM9,000.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *