Nissan X-Trail sudah diperkenalkan di Thailand

By  |  0 Comments

Main_X-Trail

Selepas dilancarkan di Indonesia, Filipina dan Singapura, Nissan X-Trail diperkenalkan di Thailand pula.

Menampilkan rekaan terbaharu dengan kehadiran gril “V-Motion”, lampu hadapan yang lebih nipis, D-pillar, lampu belakang berbentuk C dan juga lengkuk pada kerangka yang lebih nampak menawan.

Dengan kapasiti tujuh tempat duduk, barisan ketiga lebih sesuai untuk penumpang bertubuh kecil atau pun kanak-kanak. Rekaan di dalam kabinnya kelihatan seperti Teana, dan antara elemen yang ditampilkan ialah sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pelarasan tempat duduk hadapan secara automatik, Around View Monitor, meter paparan bersaiz lima-inci, Active Engine Brake, Active Ride Control dan mod ECO.

nissan-x-trail-jpn-spec-12

Didatangkan dengan dua pilihan enjin empat-silinder iaitu 2.0 liter (sama seperti enjin Serena S-Hybrid) yang mampu menyalurkan kuasa 144 PS dan tork 200 Nm dan 2.5 liter MPI (sama seperti Teana) dengan kuasa 171 PS dan tork 233 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik X-Tronic CVT.

Nissan Thailand mensasarkan jualan X-Trail sebanyak 8,000 unit setahun. Ditawarkan dengan enam warna iaitu Radiant Red, Storm White, Black Star, Brilliant Silver, Deep Iris Gray dan Midnight Jade. Ia dijual pada harga bermula 1.1 juta baht (RM112k).

Malaysia juga bakal melancarkan model ini tidak lama lagi, dan iklan promosinya telah pun dipaparkan di laman web klasified oto.my. Ia bakal didatangkan dengan dua varian iaitu 2.0 liter (dengan harga jangkaan di bawah RM150k) dan 2.5 liter (di bawah RM170k).

Nissan X-Trail di Indonesia International Motor Show 2014

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *