Mitsubishi Triton 2015 singkir imej konvensional

By  |  0 Comments

mitsubishi-triton-new-4

Dengan rekaan yang lebih mantap dan bergaya, Mitsubishi Triton 2015 telah diperkenalkan di Thailand. Generasi kedua trak pikap ini tampil dengan gaya yang tersendiri, tidak seperti imej konvensional jentera seangkatan dengannya. Dengan padanan gril krom yang lebar, disambungkan dengan lampu utama LED, memberikan penampilan yang cukup berbeza berbanding model sebelumnya.

Mitsubishi berkata, Triton baharu ini dibangunkan sebagai ‘trak utiliti sport yang mutakhir’, digabungkan dengan keselesaan bahagian dalaman untuk para penumpang, bersama dengan kepelbagaian fungsi dan keupayaaan terhadap sebuah pikap.

mitsubishi-triton-new-2

Jika dilihat rekaan dalamannya, ia masih kelihatan ringkas, tidak banyak berbeza dengan model sedia ada. Antara elemen yang ditampilkan ialah tempat duduk upholstery balutan kulit, kekemasan berwarna hitam berkilat dan juga metalik.

Ia juga menampilkan roda stereng tiga-jejari, kawalan pacuan empat-roda dan sistem infotainmen dengan skrin paparan bersaiz tujuh-inci. Malah Mitsubishi juga mengatakan kusyen tempat duduk Triton ini lebih panjang dan lebar bagi memberikan keselesaan yang jitu.

Mitsubishi menawarkan empat enjin berbeza untuk Triton ini termasuklah enjin baharu 2.4 liter turbodiesel (181 PS/430 Nm), 2.4 liter petrol (128 PS/194 Nm), selain 2.5 liter turbodiesel (128 PS/240 Nm) dan 2.5 liter turbodiesel (178 PS/400 Nm). Enjin ini turut dipadankan dengan transmisi automatik lima-kelajuan atau manual enam-kelajuan.

mitsubishi-triton-new-1

Penambah baikan yang turut diterapkan untuk model Triton baharu ini termasuklah jarak roda yang lebih pendek untuk jejari pusingan minimum 5.9 meter, kehadiran Kawalan Cengkaman dan Kestabilan Aktif (ASTC) dan juga Bantuan Kestabilan Treler (TSA) untuk aspek keselamatan yang lebih mantap.

Selain Thailand, Triton baharu ini juga akan dipasarkan di 150 buah negara, dan adakah Malaysia antara yang tersenarai? Tunggu dan lihat!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *