Toyota Mirai didedahkan secara rasmi – Sah bakal berada di pasaran USA suku kedua 2015

By  |  0 Comments

2016_Toyota_Fuel_Cell_Vehicle_020

Baru semalam, Presiden Toyota, Akio Toyoda mendedahkan nama modelkenderaan sedan berkuasa sel bahan api (fuel cell vehicle/FCV) atau hidrogen yang kini dikenali sebagai Toyota Mirai, menerusi satu klip video khas.

Malah Toyoda turut mengesahkan pihaknya telah merancang untuk membina infrastruktur pengisian bahan api hidrogen ini di bahagian timur laut Amerika Syarikat, secara tidak langsung mengesahkan pasaran kenderaan tersebut di negara berkenaan.

2016_Toyota_Fuel_Cell_Vehicle_033-e1416282852181

Toyota Mirai, atau membawa maksud ‘masa hadapan’ dalam bahasa Jepun, merupakan sedan empat pintu yang mempunyai keunikan penampilannya. Kuasanya dijanakan oleh hidrogen dan satu tangki penuhnya mampu memacu kenderaan ini sehingga 483 kilometer. Malah proses pengisian semula tangki bahan apinya hanya mengambil masa selama lebih kurang lima minit sahaja.

Apakah yang membezakan kenderaan FCV ini dengan jentera hibrid biasa? Toyota Mirai mempunyai fius hidrogen dan oksigen untuk menghasilkan kuasa voltan yang dikehendaki. Kemudian ia menyalurkan kuasa tersebut pada motor elektrik. Tangki sel bahan api Mirai terletak di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang di hadapan.

2016_Toyota_Fuel_Cell_Vehicle_011

Ia mampu meledakkan tenaga 3.1 kW per liter dengan menggunakan penjana kuasa ini. Malah ia juga boleh menghasilkan kuasa sehingga 153 hp, mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 9.9 saat dan 40-60 km/j dalam 3.0 saat.

Selain itu, Mirai turut ditampilkan dengan peranti Power Take Off (PTO), yang mampu menyediakan bekalan elektrik dengan kapasiti yang besar sebagai persediaan jika berhadapan dengan kecemasan.

Toyota mengesahkan Mirai bakal dijual di pasaran USA pada suku kedua tahun 2015 dengan harga $57,500 (RM192,567.50).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *