Isuzu V-Cross Adventure tawar ganjaran sehingga RM20k

By  |  0 Comments

Photo 1

Adakah anda seorang yang tahan lasak dan sukakan cabaran? Jika ya, mungkin andalah antara sembilan individu yang dicari oleh Isuzu untuk menyertai Isuzu V-Cross Adventure yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober ini. Dengan ganjaran sebanyak RM20,000 yang bakal ditawarkan kepada pemenang, para peserta juga bakal melalui cabaran yang dianjurkan ini bersama selebriti kegemaran mereka.

Isuzu mencari enam pasukan untuk digandingkan bagi cabaran Isuzu V-Cross Adventure ini. Di mana setiap peserta bakal melalui pelbagai cabaran di Teratak Riverview, Perak. Selebriti yang bakal menyertai Isuzu V-Cross Adventure ialah penyampai radio terkenal iaitu Ben dan Hafiz dari FlyFM dan aktress terkemuka Diana Danielle, bakal memilih tiga peserta bertuah untuk berpasangan dengan mereka bagi merentasi cabaran ini.

Dalam pertandingan ini, setiap peserta akan menguji keteguhan dan kemantapan, penjimatan bahan api serta aspek keselamatan yang ditampilkan pada Isuzu D-Max V-Cross 3.0, iaitu model paling mantap daripada keluarga Isuzu D-Max ini.

Isuzu V-Cross Adventure ini dianjurkan sempena dengan pelancaran varian ISUZU D-Max V-Cross dan ISUZU D-Max V-Cross 3.0 Safari pada Jun yang lalu.

Bagi yang berminat untuk mencuba nasib di dalam cabaran ini, anda diminta untuk menghantarkan video ujibakat yang memperkenalkan diri masing-masing secara paling kreatif dengan mengemelkannya ke entries@isuzu.net.my. Penyertaan harus sampai sebelum 30 September ini dan peserta yang disenarai pendek akan dihubungi pada tarikh berkenaan serta nama mereka akan disiarkan menerusi laman media sosial Isuzu pada 2 Oktober ini.

Photo 3

Bagi peminat Ben dan Hafiz, anda bolehlah mendengar celoteh mereka ke udara pada 15 hingga 28 September ini bagi merebut peluang berpasangan dengan mereka berdua serta menghantarkan penyertaan menerusi laman web Fly Fm.

Manakala bagi yang teringin berpasangan dengan Diana Danielle pula, hantarkan video penyertaan anda ke laman media sosial FB aktress berkenaan sebelum tarikh yang dinyatakan.

Aktiviti sepanjang berlangsungnya Isuzu V-Cross Adventure ini akan dirakamkan umpama program realiti TV serta dipertontonkan di saluran Isuzu menerusi Youtube. Ia turut mendapat tajaan bersama antara Arnold Palmer, Van Heusen dan Beverly Hills Polo Club serta Fly FM sebagai radio rasmi.

Selain Isuzu V-Cross Adventure, Isuzu juga sedang menganjurkan siri jelajah yang bakal berakhir pada penghujung September ini. Malah anda juga boleh menghantar video ujibakat tersebut di lokasi sisi jelajah ini. Setelah berlangsung di KSL City Mall, Johor dan 1Borneo Sabah pada hujung minggu lalu, siri jelajah ini akan bergerak ke First Avenue Penang dan The Spring Sarawak pada 26 hingga 28 September ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *