Pusat 3S Nissan telah dibuka di Tawau

By  |  0 Comments

01_ETCM Tawau 3S Centre_Exterior

Untuk pemilik kenderaan Nissan di sekitar Tawau, Sabah, ada berita baik buat anda.

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah membuka pusat 3S di daerah tersebut bagi memenuhi keperluan para pelanggan Nissan di bahagian Malaysia Timur. Ini merupakan pusat 3S Nissan yang ke-18 di seluruh Malaysia.

Dengan keluasan lebih 3,458 kaki persegi dan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 juta, Pusat 3S Tawau yang baru ini terletak di lokasi strategik di bandar, sekali gus memberi kemudahan kepada masyarakat di Tawau.

Ia juga mampu mempamerkan lima model Nissan pada satu-satu masa. Pusat 3S ini dikendalikan oleh 12 orang penasihat jualan dan enam juruteknik terlatih.

03_ETCM Tawau 3S Centre_Ribbon Cutting Ceremony

Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan, antara fasiliti yang ada ialah sebuah lounge serta bar dengan sambungan WiFi dan ruang kanak-kanak. Ia juga dilengkapi dengan bengkel yang mampu menyelenggara sehingga 40 buah kenderaan sehari.

Malah di pusat sehenti ini juga para pelanggan boleh memandu uji dan membeli model-model baharu Nissan, melakukan servis dan mendapatkan alat-alat ganti untuk kenderaan Nissan mereka.

Sehingga kini ETCM mempunyai rangkaian yang ekstensif melibatkan 106 bilik pameran termasuk para pengedar dan 59 Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. Lebih banyak pusat 3S ETCM telah dirancang untuk dibuka termasuklah di Glenmarie, Shah Alam.

ETCM percaya bahawa hubungan yang berterusan dengan pelanggan terjalin apabila pembelian dibuat. Maka, adalah amat penting bagi ETCM agar terus komited dalam menawarkan produk yang berkualiti dan bernilai untuk wang, serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik demi memenuhi kehendak dan ekspektasi para pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq