Pemilik kenderaan persendirian yang tawar perkhidmatan Uber diburu!

By  |  0 Comments

Marco Rubio Speech On Innovation At Uber's DC Offices

Laporan dari Astro Awani sebentar tadi menyebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi bagi memburu mana-mana pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sekali gus bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam. Di mana pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ismail berkata, perkhidmatan ini seperti teksi sapu yang mengambil dan mengenakan bayaran tertentu pada penumpang dengan menggunakan kenderaan persendirian. Malah pihak JPJ turut menerima banyak aduan daripada pengusaha teksi kerana ia telah mengancam industri teksi di negara ini. Oleh sebab itu, perkara ini perlu dibendung agar pengusaha dan pemandu teksi tidak terjejas.

Sehingga kini, pihak JPJ telah mengesan 50 buah kenderaan termasuk kereta mewah seperti Jaguar dan Mercedes-Benz yang menawarkan perkhidmatan Uber ini.

GTY 495298219 I FIN HUM GBR EN

Uber yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ia telah menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandaraya serata dunia.

Malah selain individu, pihak JPJ telah mengenal pasti lapan syarikat tempatan yang bekerjasama menawarkan perkhidmatan Uber di sekitar Lembah Klang. JPJ juga sudah mengeluarkan amaran kepada individu dan syarikat yang terlibat supaya memberhentikan perkhidmatan ini serta merta kerana operasi memburu termasuk menyita kenderaan mereka akan bermula 1 Oktober ini.

Ia mula memasuki pasaran Asia pada Februari 2013 di Singapura dan seterusnya beroperasi di Kuala Lumpur Oktober tahun yang sama. Ia menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk membuat tempahan.

Uber menjadi popular di sini kerana perkhidmatannya lebih murah, cepat dan baik tetapi penumpangnya tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan.

Di Jakarta, perkhidmatan Uber tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam. Malah di Jerman pula, baru-baru ini mahkamah serantau di sana dilaporkan telah mengeluarkan injuksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq