Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 memasuki fasa terakhir pemilihan

By  |  0 Comments

Proton Design Competition1

Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 sudah pun memasuki fasa terakhir bagi pemilihan pemenangnya. Ia menerima banyak penyertaan menerusi dalam talian dan secara kiriman pos yang berakhir pada 18 Ogos lalu selepas berlangsung selama lapan minggu. Pertandingan ini terbuka bagi pereka muda warga Malaysia berusia antara 13 hingga 25 tahun dengan dua kategori iaitu Kategori 1 bagi Pelajar Sekolah Menengah (13 hingga 17 tahun) dan Kategori 2 bagi Penuntut Kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (18 hingga 25 tahun)

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, dengan objektif memberi pendedahan dunia automotif kepada belia Malaysia dan menggalakkan minat mereka dalam usia yang muda bagi industri berkaitan. Secara keseluruhannya Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 ini telah menerima penyertaan sebanyak 337 kiriman.

Setiap kiriman telah menyertakan lakaran reka bentuk luaran kenderaan bersaiz A3 termasuklah 3/4 pandangan hadapan, pandangan sisi dan perspektif belakang. Manakala bagi Kategori 2 pula, turut menyertakan lakaran bagi rekaan dalaman kenderaan terbabit.

Malah peserta juga dikehendaki memberikan penerangan mengenai tajuk rekaan, konsep rekaan, cadangan jualan unik dan juga sistem enjin yang disarankan seperti petrol, diesel, hibrid, elektrik dan sebagainya.

Dua sesi pemilihan bagi senarai pendek telah pun ditentukan pada 12 dan 15 September yang lalu bagi kedua-dua kategori. Manakala satu lagi sesi bagi pemilihan 10 penyertaan bagi setiap kategori akan berlangsung tidak lama lagi sebelum menentukan pemenang sebenar,

Harith turut menambah, “Juri bagi pertandingan ini terdiri daripada pengurusan kanan Jabatan Komunikasi Proton, Jabatan Pemasaran, Penjenamaan & Pemotoran serta Strategi Produk. Malah wakil daripada Paultan.org selaku rakan media juga turut terlibat, selain Dr Shahriman Zainal Abidin iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Rekabentuk Industri Fakulti Seni & Reka UiTM dan juga Ketua Pereka Proton, Azlan Othman selaku ketua juri. Kami juga mengundang wakil audit dalaman untuk tujuan pengesahan bagi proses pemilihan tersebut.”

Senarai pemenang akan diumumkan pada November ini. Antara hadiah menarih yang bakal menanti pemenang termasuklah MacBook dan wang tunai. Malah pemenang bagi Kategori 2 juga berpeluang menjalani latihan amali bersama Pasukan Pereka Bentuk Proton.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *