Toyota Camry 2015 untuk pasaran global didedahkan di Moscow

By  |  0 Comments

2015-Toyota-Camry-11

Pada pertengahan April yang lalu, Toyota Corporation telah membuat kejutan sedunia dengan mendedahkan Toyota Camry 2015 di New York Auto Show 2014. Namun model yang dipertontonkan itu adalah untuk pasaran Amerika Utara.

Manakala minggu lalu, Toyota telah mengeluarkan teaser bagi model Camry 2015 yang bakal dipertontonkan di Moscow Motor Show. Malah model ini juga dikatakan untuk pasaran global.

Ternyata penampilan model facelift ini menerima suntikan yang lebih segar dan difahamkan ia bakal ditampilkan dengan enjin baharu serta beberapa elemen lain.

2015-Toyota-Camry-10

Penampilan gril krom yang lebih langsing dipadankan dengan lampu utama LED menambahkan lagi sifat sofistikated untuk model ini. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan corong udara yang lebih besar, lampu kabus berbentuk segi empat tepat dan bampar belakang yang diberi rekaan baharu yang nampak lebih nipis juga menambahkan lagi imej luaran yang lebih elegan. Malah model ini juga tampil dengan rim aloi dengan rekaan baharu yang lebih bergaya.

Pada bahagian kabinnya, kelihatan panel instrumen yang telah diberi penambah baikan termasuk kehadiran skrin paparan TFT bersaiz 4.2 inci yang diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka dengan roda stereng tiga-jejari serta gaya baharu bagi konsol tengah yang juga ditampilkan dengan skrin sesentuh bersaiz 6.1 atau 7.0 inci bagi sistem multimedia.

Toyota juga mengakui telah memberi penambah baikan untuk beberapa elemen termasuk pengecas telefon bimbit tanpa wayar, tempat duduk belakang bersuhu panas dan lampu tinggi automatik.

Buat setakat ini, Toyota masih belum mengesahkan lagi spesifikasinya. Namun menurut sumber, ia bakal didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 2.5 liter empat-silinder sebaris yang mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 181 hp. Satu lagi varian pula bakal dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 249hp.

Kedua-dua varian ini juga dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Malah ia juga boleh mencecah kelajuan daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam masa 10.4 saat.

Berkenaan dengan bahan api pula, ia dikatakan hanya menggunakan 7.2 liter bagi setiap 100km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *