Volvo XC90 2015 diperkenalkan secara rasmi

By  |  0 Comments

Volvo44

Setelah beberapa kali info mengenainya didedahkan di Internet, akhirnya Volvo bersedia memperkenalkan model XC90 generasi kedua pada umum. Dianggap sebagai model yang sangat bererti buat Volvo, model direka dengan penuh evolusi serta tampil penuh kelainan berbanding dengan kebanyakan SUV yang ada di pasaran masa kini.

Lihat sahaja imej hadapannya yang sungguh menarik pandangan mata. Lampu utama yang dipadankan bersama lampu pencahayaan siang LED “Thor’s Hammer” berbentuk-T dengan gril krom yang nampak agresif. Lampu kabus pula diposisikan di bahagian bawah bampar dengan kepingan aluminium yang menonjolkan lagi penampilan hadapan XC90 ini.

Profil sisinya pula nampak ‘bersih’ dengan garisan lekuk yang lebih berciri aerodinamik dan rekaan penuh rapi, ditambah pula dengan kehadiran bingkai tingkap krom, cermin sisi yang besar dan rim aloi bersaiz 22 inci.

Tidak lengkap dengan itu pastinya bahagian belakang XC90 yang diberi rekaan lebih segar termasuk kehadiran lampu belakang yang nampak lebih tajam dan sangat bersesuaian dengan jentera ini. Spoiler yang terletak di bahagian bumbung juga menampakkan kemantapan SUV ini.

Volvo3

Untuk menyerlahkan lagi gayanya, Volvo turut menawarkan acuan plastik berwarna gelap pada gerbang roda, bampar dan juga skirt sisi bersama kekemasan aluminium.

Bagi rekaaan di dalam kabin, imejnya telah pun didedahkan sebelum ini dengan rekaan yang minimalis dan tampak serba mewah. Dengan pelbagai butang konfigurasi yang terdapat pada bahagian kokpitnya yang ditempatkan pada skrin paparan sesentuh menyerupai tablet.

Volvo41

Manakala bahagian meter kluster instrumen juga sepenuhnya digital. Ia turut dilengkapi dengan sistem bunyi Bowers & Wilkins bersama 19 pembesar suara. Sistem penghawa dingin empat zon juga ditampilkan dan Volvo turut menampilkan pengesan suara “state-of-the-art” dan sistem integrasi Apple’s CarPlay.

Jentera kebanggaan Sweden ini turut memilih kombinasi kekemasan aluminium, motif kayuan dan beberapa material premium lain sebagai tata rias segenap ruangan kabinnya, menampilkan elemen yang penuh kemewahan.

Volvo18

Ruang dalamannya juga agak luas dan tempat duduk pada barisan ketiga juga boleh menempatkan individu yang berketinggian 1.7 meter.

Dengan menerapkan perician Scalable Product Architecture (SPA) baharu, XC90 ini juga bakal didatangkan dengan jajaran ekstensif bagi kelengkapan keselamatan termasuklah brek automatik, pengesan halangan, kawalan kepekaan pemandu, informasi tanda jalan, informasi titik buta, pengesan pejalan kaki dan sebagainya.

XC90 generasi kedua ini juga bakal dikenali sebagai “SUV yang paling berkuasa dan paling bersih di dunia” dengan kehadiran enjin Drive-E bersama empat-silinder sepenuhnya.

Varian twin-turbodiesel D5 dikatakan mampu mencapai kuasa maksimum sehingga 225 hp dan puncak tork 470Nm, dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu sekitar 5 liter bagi setiap 100km. Manakala varian D4 pula menawarkan kuasa maksimum sehingga 190 hp dan puncak tork sehingga 400Nm.

Volvo47

Bagi enjin yang menggunakan bahap api petrol, varian enjin T6 turbocharged & supercharged pula mampu menghamburkan kuasa sehingga 320hp dan puncak toek 400Nm. Manakala varian T5 pula boleh menjana kuasa maksimum sehingga 254 hp dan puncak tork 350Nm.

Bukan itu sahaja, XC90 juga bakal didatangkan dengan varian T8 plug-in hybrid yang menampilkan enjin 2.0 liter turbocharged & supercharged empat-silinder. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum daripada motor elektrik ke gandar belakang sehingga 80hp. Malah turut menggabungkan kuasa sehingga 400hp dan tork 640Nm, serta mampu mencapai 40km dengan penggunaakn kuasa elektrik.

Produksi bagi Volvo XC90 generasi kedua ini akan dimulakan pada tahun hadapan di Torslanda, Gothenburg, dengan mensasarkan jualan bermula pada Mei 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *