Kerusi kereta kanak-kanak lebih kotor berbanding tandas?

By  |  0 Comments

Baby Seat

Adakah anda agak terkejut dengan tajuk artikel ini? Atau pun meraguinya? Atau tidak bersetuju sama sekali?

Inilah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saintis dari Universiti Birmingham yang menjalankan ujian ke atas kerusi keselamatan tersebut.

Menurut kajian tersebut, kerusi kereta kanak-kanak dilaporkan lebih kotor berbanding tandas kerana mempunyai dua kali ganda bakteria berbahaya termasuk E. coli dan Salmonella. Di mana kajian ini telah menemui secara purata 100 bakteria berbahaya dan kulat yang berada pada setiap sudut kerusi berkenaan.

Secara perbandingan, tandas didapati mengandungi 50 jenis kuman, kurang daripada jumlah bakteria yang ditemui pada kerusi kereta.

Kajian tersebut juga mendakwa, kuman termasuk bakteria pada kerusi itu boleh mengakibatkan penyakit berbahaya kerana ia turut mengandungi bakteria E. coli dan Salmonella.

Selain itu, kajian turut dijalankan ke atas 2,000 pengguna Continental Tyres di Birmingham yang melakukan ujian ke atas 20 buah kereta dan kediaman sebagai perbandingan mendapati, kereta mengandungi bakteria berbahaya dan kuman berbanding di dalam rumah.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa hampir separuh daripada pengguna kereta memandu di dalam kenderaan yang bersepah, dengan satu daripada 10 rakyat Britain pernah terlibat atau hampir terlibat dalam kemalangan kerana keadaan kereta mereka yang berselerak.

Ia mendapati 60 peratus daripada pengguna kenderaan tidak sedar akan risiko kesihatan yang dialami mereka dan penumpang akibat kereta mereka yang terlalu kotor dengan kira-kira satu daripada lima pemilik kereta membersihkan bahagian dalaman kereta sekali dalam tempoh setahun.

Pensyarah di Institut Mikrobiologi dan Jangkitan Universiti Birmingham, Dr Anne-Marie Krachler berkata, kereta boleh menjadi tempat pembiakan beberapa spesies bakteria berbahaya. Di mana kuman-kuman ini boleh merebak dengan mudah sekiranya kereta tidak dibersihkan secara kerap terutamanya sekiranya anda makan di dalam kereta.

Hah! Selesai membaca artikel mengenai kajian ini? Cuba periksa kenderaan anda. Ada sisa-sisa makanan atau minuman yang bersepah? Tisu atau plastik yang kotor tetapi belum dibuang? Jangan sampai anda nampak lipas atau tikus ‘main kejar-kejar’ dalam kenderaan, baru anda mahu membersihkannya.

Kebersihan adalah salah satu cermin keperibadian anda. 🙂

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq