Toyota Camry 2015 bikin kejutan di NY Auto Show

By  |  0 Comments

004-2015-toyota-camry-1

Jika di Malaysia, UMW Toyota baharu melancarkan Camry 2.0G X iaitu hasil penambah baikan daripada model 2.0G, tiba-tiba sahaja Toyota Corporation telah membuat kejutan sedunia dengan mendedahkan Toyota Camry 2015 di New York Auto Show 2014 sebentar tadi.

Adakah ia model facelift? Atau memang model serba baharu? Kalau dilihat menerusi gaya yang ditampilkan, ia seperti model serba baharu. Apa jawapan daripada Toyota?

040-2015-toyota-camry-1

Camry 2015 ini ternyata tampil dengan gaya yang agresif, malah lebih solid dan menyakinkan. Ia seakan mengikut jejak langkah model terbaharu Corolla Altis dengan penampilan lebih sporty, memiliki lekuk garisan yang tajam dan berwajah maskulin.

Bahagian hadapan sedan ini didominasi oleh jeriji trapezoidal bersaiz besar, dipadankan dengan lampu utama LED dan lampu isyarat juga LED. Pada bahagian belakangnya pula, lampu belakangnya disambungkan dengan kekemasan berbentuk U dengan bentuk yang lebih tirus.

Chasis dan struktur badan Camry ini didakwa lebih teguh bagi memberikan kualiti yang terbaik di dalam pengendaliannya. Malah padanan suspensi topang MacPherson dan multi-link turut menjadikan sedan daripada segmen D ini telah dipertingkatkan lagi tahap responsif dari segi pengendaliannya.

Bagi memantapkan lagi pengendaliannya, sistem stereng berkuasa elektrik turut ditampilkan dengan kuasa kestabilan yang lebih optimum. Malah sistem brek hidraulik juga telah diberi penambah baikan bagi memberikan kuasa brek yang lebih responsif.

Camry 2015 juga telah meningkatkan kualiti tahap NVH (Noise Vibration Harshness) yang lebih baik. Di mana cermin dan litupan pintu telahdiperbaiki bagi menyingkirkan bunyi dari luar daripada menyerapi bahagian kabin. Begitu juga dengan rekaan cermin sisi yang telah direka semula bagi memberikan kawalan aliran udara yang lebih baik dan mengurangkan tarbulence dan bunyi bising.

027-2015-toyota-camry-1

Menampilkan dua varian iaitu model yang dijanakan oleh enjin 2.5 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 178 hp dan tork 230 Nm serta enjin 3.5 liter V6 yang boleh memuntahkan kuasa 268 hp dan tork 336 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Bagi model hibrid, ia bakal dijanakan enjin 2.5 liter Atkinson dengan Hybrid Synergy Drive yang dipadankan bersama kotak gear E-CVT.

Buat masa ini, Toyota Camry 2015 hanya untuk pasaran Amerika Utara.

Adakah ia bakal memasuki pasaran Malaysia? Mungkin ya tetapi kebarangkalian terdapat banyak perubahan spesifikasi mengikut kesuaian pasaran. Atau…mungkin juga tidak (Malaysia tidak termasuk dalam senarai bakal menerima Camry 2015. Mungkin?). Nantikan saja maklum balas daripada UMW Toyota kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *