Caj permit kenderaan asing (VEP) akan dilaksanakan dalam masa terdekat

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan caj permit kenderaan asing (VEP) yang memasuki negara ini dari Singapura ke Johor, dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya yang disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian, Najib turut memberi jaminan perlaksaan caj itu akan dilakukan pada kadar segera selepas keputusan mengenai kadar caj dan bila ia boleh dilaksanakan.

Beliau turut meminta kerajaan negeri Johor supaya memberi notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bila perkara ini boleh dillaksanakan kerana kerana ia perlu notis kutipan, pelekat dan pentadbiran.

Malah semalam, menerusi laporan akhbar yang sama, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengenakan caj permit kemasukan kenderaan (VEP) kepada kenderaan berpendaftaran luar negara seperti dari Singapura.

Malah katanya lagi, wujud layanan tidak seimbang apabila kerajaan Singapura menaikkan caj tanpa memikirkan kesan kepada rakyat Malaysia. Beliau juga berpendapat, ekoran tindakan kerajaan Singapura ini, apa salahnya jika Malaysia turut mendapat hasil dari negara tersebut yang selama ini mengutip hasil daripada rakyat kita yang masuk ke sana

Beliau juga tidak menolak akan membawa isu ini ke mesyuarat Kabinet untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya mempercepatkan perlaksanaan VEP. Malah juga mencadangkan agar kerajaan menguatkuasakan saman terhadap pesalah trafik Singapura.

Sebelum ini melalui laporan BERNAMA yang memetik kenyataan dari Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata cadangan mengenakan levi RM20 ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia, dijangka tidak menjejaskan kemasukan pelawat dari Singapura, negara yang menyumbang jumlah terbesar pelancong ke Malaysia.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *