Peugeot RCZ bernilai RM248,888 menanti pemenang ‘Drive 2 Win’

By  |  1 Comment

Drive2win_Contest

Rasa-rasa macam anda seorang yang bertuah? Kalau tak rasa bertuah pun, apa kata anda mencuba nasib, manalah tahu kali ini memang anda bertuah untuk menjadi pemenang utama ‘Drive 2 Win’ anjuran Nasim Sdn Bhd, pengedar model Peugeot di Malaysia.

‘Drive 2 Win’ menawarkan model penuh sporty dan bergaya Peugeot RCZ berwarna Rouge Red ini sebagai hadiah utama dan paling gempak menanti individu bertuah yang bergelar pemenang utama. Apa yang perlu dilakukan, pergi ke mana-mana bilik pameran Peugeot, jangan lepaskan peluang untuk memandu uji apa jua model Peugeot, isi borang peryertaan dan kemudian masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Hanya sekali sahaja sesi pandu uji dibenarkan untuk setiap individu yang menyertai ‘Drive 2 Win’ ini. Tetapi, bagi pelanggan yang mendaftar mana-mana model baharu Peugeot, layak untuk menghantar lima borang penyertaan sekali gus.

Peraduan ini telah dibahagikan pada enam siri, di mana setiap siri berlangsung selama dua minggu. Tiga pemenang dicari bagi setiap siri dengan jumlah keseluruhan bagi semua siri ialah 16 pemenang.

Pemenang bagi setiap siri bakal membawa pulang gajet terbaharu seperti Sony Xperia Z2, Samsung Galaxy S5, Samsung Galaxy Note 12.2, Macbook Air dan baucer membeli-belah bernilai RM500.

Sebagai menghangatkan lagi peraduan ini, Peugeot Cruisers bakal menyerbu beberapa lokasi tumpuan ramai untuk mengedarkan pelbagai barangan menarik bermula 23 Ogos ini. Antara lokasi yang terpilih ialah Taman Tun Dr Ismail, Ara Damansara, Desa Park City, Setia Alam, Subang Jaya, PJ State dan Jaya One dan banyak lagi. Termasuklah lokasi di luar Lembah Klang seperti Bandar Baru Uda dan South City Mall, Setia Tropika di Johor Bahru dan Georgetown serta Feringghi di Penang.

‘Drive 2 Win’ akan berlangsung bermula 15 Ogos ini dan berakhir pada 31 Oktober 2014.

Menurut COO Nasim Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George, Peugeot RCZ yang mula dilancarkan pada Mei 2011, telah terjual hampir 500 unit di Malaysia. Dengan imej luaran yang futuristik, kemewahan gaya dalaman dan enjin yang penuh prestasi mejadikan RCZ ini satu kombinasi yang cukup sempurna bagi penggemar kenderaan sebegini. Peraduan ‘Drive 2 Win’ ini merupakan peluang keemasan bagi sesiapa sahaja yang berimpian untuk memiliki jentera sport coupe ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *