JPJ teruskan program advokasi terhadap peniaga aksesori kenderaan

By  |  0 Comments

Tinted

Selepas melakukan program advokasi terhadap pengguna jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal meneruskan program yang sama terhadap bengkel-bengkel kereta dan kedai aksesori kenderaan dalam masa terdekat ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi laman media sosial FB, JPJ akan memberikan penjelasan mengenai undang-undang sedia ada kerana terdapat aksesori seperti lampu Strobe, lampu High-Intensity Discharge (HID), pemasangan cermin gelap dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Bukan itu sahaja, JPJ juga meneruskan program yang sama bagi kenderaan jabatan dan agensi kerajaan.

Setakat ini JPJ Negeri Sembilan dan Kedah telah mengesahkan pelaksanaan program advokasi ini di negeri masing-masing.

Mulai 1 November ini, JPJ akan melaksanakan Operasi Khas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu strobe, lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Operasi khas di seluruh negara itu dibuat secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Di mana pemilik kenderaan telah diberikan tempoh sehingga 31 Okt ini untuk mengambil tindakan menukar nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, menukar lampu HID yang bukan daripada pengeluar kenderaan serta menanggalkan lampu strobe yang dipasang pada kenderaan masing-masing.

Keengganan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *