Proton Perdana 2016 akan dipamerkan di ALAMI Proton 2015 pada 3 & 4 Okt ini

By  |  0 Comments

Proton-Perdana-Filem-Kapsul-01

Jika anda mempunyai waktu terluang esok atau Ahad ini, jangan lupa untuk berkunjung ke ALAMI Proton 2015 di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam.

Paling menarik, anda turut berpeluang menyaksikan Proton Perdana 2016 yang akan dipamerkan di dalam karnival tersebut. Walau bagaimana pun, kemungkinan besar ia tidak akan dipamerkan sepenuhnya kerana masih dalam proses pembikinan.

2016-PROTON-PERDANA-KAPSUL-2

Ya, anda mungkin teruja untuk melihat model sebenarnya, tetapi difahamkan bahawa Proton masih belum bersedia untuk mempamerkannya secara menyeluruh. Tetapi ia akan berada di bangunan R&D Proton dan ‘masih berselimut’ lagi.

Difahamkan, Perdana 2016 ini memiliki ukuran sepanjang 4,999 mm, iaitu lebih panjang berbanding model Honda Accord generasi ke-8 (4,849 mm).

Ia juga akan diproduksikan di Proton’s Medium Volume Factory, Shah Alam, sama tempat produksi dengan Exora.

Walau pun Perdana 2016 ini turut ‘kelihatan’ di dalam filem Kapsul yang sedang ditayangkan di pawagam, namun menurut Proton, ia ‘bukanlah model produksi yang sebenar-benarnya’ kerana masih dalam proses pembikinan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *