Kerajaan sedang mengkaji caj tertentu untuk kenderaan luar masuk pintu negara

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Selepas Singapura menaikkan caj Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke negara berkenaan yang akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari mulai 1 Ogos ini, kerajaan Malaysia juga sedang mengkaji cadangan untuk melakukan perkara yang sama.

Menurut laporan Astro Awani, kerajaan kini sedang mengkaji semula caj tertentu bagi kenderaan di sempadan Thailand, Brunei dan Kalimantan untuk masuk ke negara ini.

Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihaknya turut melihat serta menimbang beberapa prosedur dan proses sebelum sebarang tindakan dapat dilaksanakan. Ini kerana Malaysia ada banyak pintu masuk untuk ke negara ini, bukan sekadar di selatan Thailand, Brunei, dan Kalimantan Indonesia sahaja.

Tambahnya lagi, Singapura mengenakan caj kenderaan untuk mengurangkan kesesakan. Justeru, kajian ini perlu untuk meliputi pertimbangan yang menyeluruh dan terperinci.

Sebelum ini, kerajaan Johor telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan lima bulan lalu untuk mengenakan caj RM20 terhadap setiap kenderaan Singapura yang memasuki negara ini.

Laporan BERNAMA pula memetik kenyataan dari Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata cadangan mengenakan levi RM20 ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia, dijangka tidak menjejaskan kemasukan pelawat dari Singapura, negara yang menyumbang jumlah terbesar pelancong ke Malaysia.

Katanya lagi, ia hanya membabitkan proses membiasakan diri untuk membayar levi.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *