Hyundai buka pusat 3S pertama di Pantai Timur

By  |  0 Comments

YS Autoworld Kuantan-Exterior

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengembangkan lagi sayapnya ke Pantai Timur dengan pembukaan pusat 3S pertama di sana bagi meningkatkan lagi momentum dalam pasaran tempatan.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun, pembukaan pusat 3S yang terletak di Kuantan, Pahang itu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik bagi pelanggan mereka di kawasan sekitar.

Malah pembukaan pusat 3S itu dilihat secara tidak langsung meningkatkan lagi penguasaan pasaran daripada empat hingga ke tujuh peratus dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Malah pusat 3S ini turut disasarkan untuk memberikan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan Hyundai di kawasan Pantai Timur termasuk Kelantan dan Terengganu.

The enhanced Veloster, now with 6 airbags (previously dual airbags)

Malah tidak lama lagi HSDM turut merancang untuk menaik taraf pusat jualan Hyundai di Kota Bahru untuk menjadi pusat 3S. Begitu juga dengan rangkaian pengedar di Terengganu yang turut direncana bakal dinaik taraf menjadi pusat 3S dalam tempoh dua tahun akan datang.

YS Autoworld Sdn Bhd merupakan syarikat pengedar berdaftar di bawah HSDM telah melabur sebanyak RM6 juta untuk pusat 3S di Kuantan ini. Berkeluasan 43,560 kaki persegi, pusat 3S ini merangkumi bilik pameran, lapan ruang penyelenggaraan (termasuk dua petak Quick Service) dan juga pusat jualan alat ganti.

Pusat 3S ini dijangka mampu membrikan perkhidmatan kepada 1,000 model Hyundai berdaftar di Kuantan dan juga kawasan berhampiran seperti Gambang, Kemaman, Kerteh, Paka, Dungun, Pekan, Muadzam Shah dan Rompin.

Dalam majlis pelancaran yang sama, HSDM telah memperkenalkan model facelift Veloster yang kini dilengkapi dengan enam beg udara (berbanding hanya dua untuk model sebelumnya). Veloster 1.6 A/T Premium ini dijual pada harga atas jalan RM132,915.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *