Isu Cermin Gelap : Kelulusan pindaan peraturan baharu mengambil masa

By  |  0 Comments

Tinted

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan pindaan mengenai peraturan penggunaan cermin gelap bakal mengambil masa yang lama untuk dipinda. Ia ekoran terdapat rayuan baharu supaya kadar ketelusan yang diputuskan pada bengkel khas baru-baru ini, dikurangkan lagi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein, sedang meneliti semua cadangan itu termasuk rayuan penurunan kadar ketelusan cahaya sebelum membuat keputusan akhir.

Menurut timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, hasil cadangan bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap pada 3 Jun lalu, belum dimuktamadkan. Ini kerana ada pihak yang mengemukakan rayuan yang perlu diperhalusi sebelum keputusan terakhir diumumkan.

Malah menurutnya lagi, menteri terbabit memiliki kuasa untuk membuat keputusan namun ada kemungkinan beliau akan meminta pandangan Kabinet.

Bengkel anjuran Kementerian Pengangkutan yang dihadiri pelbagai agensi di Shah Alam baru-baru ini, mencapai kata sepakat mencadangkan penurunan kadar ketelusan cahaya daripada 50 peratus kepada 30 peratus untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang.

Kadar ketelusan cermin gelap kenderaan ketika ini 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus untuk cermin sisi serta belakang. Cadangan dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti keadaan cuaca dan keselamatan barangan terutama untuk kenderaan tanpa but selain kebanyakan kenderaan import, dibawa masuk dengan cermin asal yang gelap.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abd Rahman, mengakui pihaknya mengemukakan rayuan kepada Hishammuddin mengenai ketelusan baharu kerana pindaan sebelum ini menyaksikan kadarnya masih tinggi untuk cermin kereta import.

Menurut Zainuddin, kadar 30 peratus untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang masih tinggi. Malah pihaknya sudah menguji kebanyakan kereta import dan kadar ketelusan hanya 20 peratus. Jika dikekalkan 30 peratus, pihaknya masih menghadapi masalah dan terpaksa naikkan harga kereta kerana perlu tukar cermin asal kepada yang lebih cerah. Justeru, beliau berharap agar menteri bakal membuatkan keputusan yang boleh menggembirakan semua pihak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq