Isu Cermin Gelap : Kadar VLT cermin belakang mungkin dikurangkan kepada 25%

By  |  0 Comments

TINTED2

Memetik laporan BERNAMA, bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan yang dianjurkan pada 2 dan 3 Jun lalu telah mengusulkan cadangan kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus dari 50 peratus sebelum ini.

Namun penguatkuasaan akan beri toleransi atau kelonggaran lima peratus lagi mengambil kira ketidaktepatan alat pengukur ketelusan cahaya. Menjadikan ia sebanyak 25 peratus untuk VLT cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang

Mengulas lanjut mengenai usul ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata bengkel tersebut juga mengesyorkan VLT cermin depan sebanyak 70 peratus dan cermin sesi pemandu, 50 peratus dikekalkan.

Screen Shot 2014-06-04 at 15.16.28

Bahkan hari ini beliau akan mengemukakan usul ini kepada Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) untuk pertimbangan. Dan jika usul ini diterima, maka ia akan dikuatkuasakan serta merta.

Bengkel tersebut berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, dihadiri seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta.

Aziz berkata cadangan pengurangan tersebut juga untuk tujuan keselamatan.

Sebagai contoh, katanya, pemandu bimbang sekiranya kenderaan bercermin gelap berhampiran mereka dan individu di dalamnya tidak dapat dilihat.

Malah pihak penguat kuasa juga dapat melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih mudah, iaitu dapat melihat sama ada pemandu memakai tali pinggang keledar.

Beliau turut menambah,jika syor tersebut diterima, JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap di pasaran sebelum penguatkuasaan dijalankan.

Beliau juga turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal ini terutama terhadap kenderaan import yang memang sedia menggunakan filem cermin gelap luar dari undang-undang.

Aziz berkata bengkel itu juga mencadangkan supaya penjual aksesori cermin gelap mempunyai alat menguji VLT dan ia perlu dikaliberasi setiap 12 bulan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *