Proton lancar Pertandingan Reka Bentuk 2014 bertemakan #PROTONCITY2020

By  |  0 Comments

LOGO CONTEST

Proton baru saja melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 dan mengalu-alukan penyertaan dari golongan belia Malaysia untuk menyertainya. Ia merupakan pertandingan mereka bentuk kereta dengan tema #PROTONCITY2020 yang berlangsung bermula pada 24 Jun sehingga 11 Ogos ini.

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun di mana inilah platform terbaik untuk mereka yang mempunyai bakat dalam bidang berkaitan menunjukkan kreativiti masing-masing.

Pelbagai hadiah menarik bakal menanti pemenang, antaranya wang tunai, MacBook yang turut dilengkapi dengan perisian rekaan dan juga tawaran untuk latihan amali bersama Pusat Rekaan Kreatif Penyelidikan & Pembangunan Proton.

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, pertandingan ini dilihat antara salah satu cara untuk mencari bakat baharu dari generasi muda masa kini. Malah Proton percaya ramai di antara generasi masa kini memiliki bakat yang terpendam.

Justeru, inilah caranya untuk Proton mengetengahkan bakat-bakat yang ada melalui saluran yang tepat dan mereka bolehlah menyerlahkan kreativiti masing-masing untuk mereka bentuk kereta masa hadapan dengan tema #PROTONCITY2020.

Hanya rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan yang sah sahaja layak untuk menyertai pertandingan ini. Di mana pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori 1 , untuk individu berusia 13 hingga 17 tahun. Dan Kategori 2 pula bagi mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun. Penyertaan secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan.

Semua peserta haruslah lakaran reka bentuk luaran kenderaan bersaiz A3 termasuklah 3/4 pandangan hadapan, pandangan sisi dan perspektif belakang. Syarat tambahan bagi Kategori 2, para peserta haruslah turut menyertakan lakaran bagi rekaan dalaman kenderaan terbabit.

Untuk melayakkan diri di dalam pertandingan ini juga, para peserta perlu memberikan penerangan mengenai tajuk rekaan, konsep rekaan, cadangan jualan unik dan juga sistem enjin yang disarankan (seperti petrol, diesel, hibrid, elektrik dan sebagainya).

Setiap peserta boleh menghantar tiga rekaan sama adan melalui surat atau pun dalam talian menerusi laman web rasmi pertandingan, citycar2020@proton.com. Borang penyertaan juga boleh didapati di laman web dan pusat jualan Proton terpilih di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *