Toyota Levin muncul mengejut di Beijing

By  |  0 Comments

toyota-corolla-levin-china 102

Jika Toyota Camry 2015 bikin kejutan di New York Auto Show, Toyota Levin juga turut melakukan perkara yang sama di negara Tembok Besar China.

Toyota Levin? Oh! Ini adalah generasi terkini bagi Toyota Corolla untuk pasaran China yang telah dipamerkan di beberapa lokasi sekitar China, dan foto ini dirakamkan oleh korespoden Paultan.org di Hotel Kerry, Beijing.

Terdapat dua versi Corolla untuk pasaran di sana iaitu Toyota Levin dari Guangqi-Toyota dan FAW-Toyota (salah satu projek kerjasama Toyota di China) yang akan memasarkan model yang lebih kurang sama dengan Corolla Altis (bagi pasaran Asia dan Eropah).

toyota-corolla-levin-china 091

Jika dilihat sekilas, Levin memang agak sama dengan Corrola Altis. Namun jika diperhatikan secara lebih teliti, ia tampil sedikit berbeza dengan Corolla versi US dan Corolla Altis untuk pasaran Asia. Di mana Levin memiliki jeriji hadapan yang lebih nipis dengan kepingan krom yang agak besar yang turut ditampilkan dengan lampu utama berbentuk baharu. Malah kekemasan krom turut melingkari bahagian corong bawah yang berbentuk trapezoidal.

Walau bagaimana pun, bahagian belakang Levin memiliki persamaan dengan Corolla versi US. Di mana bahagian but dan bampar belakangnya sama. Namun logo Toyota telah ditukar posisinya untuk memberikan laluan pada lapisan krom besar yang disambungkan pada lampu belakang. Manakala paip ekzos belakangnya pula lebih condong ke bawah, berbanding dengan komponen yang sama bagi Corolla US yang lebih menjurus ke arah bampar belakang.

Toyota Levin ini berukuran 4,630mm panjang, 1,775mm lebar, 1,480mm tinggi dan jarak roda 2,700mm iaitu 22mm lebih pendek dan 25mm lebih tinggi berbanding Corolla US serta 10mm lebih panjang dan 20mm lebih tinggi daripada Altis.

Berkenaan dengan rekaan dalamannya, ia juga tidak banyak berbeza dengan yang berada di pasaran Malaysia. Termasuklah instrumen berkembar pada bahagian papan pemuka (sama seperti varian Altis 2.0 di Malaysia).

toyota-corolla-levin-china 103

Menurut laporan dari China, Guangqi-Toyota Levin bakal dipadankan dengan dua varian enjin iaitu 1.6L dan 1.8L. Juga memiliki dua pilihan transmisi iaiti manual lima kelajuan dan CVT.

Toyota Levin sedang menantikan giliran untuk dipertontonkan di Beijing Motor Show yang sedang berlangsung. Info Kereta akan mengulas lebih lanjut mengenai model ini kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *