VW New Midsize Coupe dipertontonkan di Beijing Motor Show

By  |  0 Comments

VW_Midsize_017

Volkswagen (VW) sememangnya antara jenama kenderaan dunia yang tidak pernah jemu memperkenalkan model baharu atau pun tampil dengan kenderaan konsep. Terbaru, VW telah mempertontonkan model konsep New Midsize Coupe (NMC) yang menyerupai keanggunan model Jetta.

Ia umpama membayangkan sebuah “sport sedan” dan menggunakan platform MQB-B. Ia kelihatan lebih lebar berbanding Passat, dan sedikit kecil dan rendah daripada Jetta. Dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci dan memilih skim warna Dragon Red untuk kerangkanya, menampakkan NMC ini tampil lebih agresif.

VW_Midsize_013

NMC ini juga dikatakan sebagai sebuah kenderaan yang praktikal dengan menawarkan ruang kabin yang selesa untuk lima penumpang serta mempunyai kapasiti 500 liter untuk bahagian kargonya.

Konsep bagi NMC ini merupakan interpretasi semula daripada lampu utama LED dengan efek 3D yang selalu diguna pakai oleh VW dan juga menampilkan lampu belakang dengan hiasan aluminium.

VW_Midsize_016

Dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder TSI, ia mampu menghamburkan kuasa 220 PS dan dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan. NMC ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 6.5 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicatatkan ialah 244km/j.

Berkenaan dengan penggunaan bahan api, VW mendakwa NMC ini mampu memberikan penjimatan sehingga 6.4 liter untuk setiap 100km.

Buat setakat ini, masih tiada sebarang maklumat adakah model ini bakal diproduksi dan dipasarkan. Namun jika ya, mungkin ia bakal ‘dilahirkan’ untuk pasaran China terlebih dahulu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *