Citroen DS 6WR eksklusif untuk pasaran China sahaja?

By  |  0 Comments

Dalam kehangatan Beijing Motor Show yang sedang rancak berlangsung, Citroen turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Citroen DS 6WR. Ia merupakan model versi produksi daripada SUV konsep Wild Rubis yang pernah dipertontonkan tahun lalu. Malah ini juga merupakan model pertama SUV Citroen yang dilancarkan di China.

Citroen_DS_6WR_01Tampil dengan rekaan yang begitu menarik, buat setakat ini Citroen hanya merancang untuk memasarkan DS 6WR untuk pasaran China sahaja. Namun tidak menolak kemungkinan untuk memasarkannya di negara lain bergantung pada permintaan.

Model pacuan dua roda ini turut tampil dengan sistem Kawalan Cengkaman untuk menawarkan kuasa tarikan yang lebih optimum untuk semua keadaan jalan.

DS 6WR ini memiliki ukuran 4.55m panjang, 1.86m lebar, 1.61m tinggi dan jarak roda 2.73m turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19 inci.

Citroen_DS_6WR_07

Di bawah hudnya, ia boleh dipadankan dengan enjin e-THP 160 PS dan motor THP 200 PS bersama kotak gear automatik enam kelajuan.

Berkenaan dengan rekaan luarannya, ternyata ia mengadaptasikan paras rupa DS 5LS, iaitu salah satu model Citroen untuk pasaran China. Namun DS 6WR tampil lebih premium dengan padanan lampu utama Xenon dan lampu pencahayaan siang (DRL) LED berserta dengan bar krom.

Citroen_DS_6WR_02

SUV ini merupakan model DS yang ketiga yang diproduksi di China iaitu di kilang Shenzhen. Produksi ini turut mendapat kerjasama dengan Chang’an dan bakal dipasarkan penghujung tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *