Proton bakal memperkenalkan model baharu Saga, Persona & Perdana tahun hadapan

By  |  0 Comments

perdana-phase-two

Bukan satu tetapi tiga model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Proton pada tahun hadapan, itu yang disahkan oleh Pengerusi Proton Holdings Bhd, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Perdana yang dihasilkan dengan kerjasama Honda, seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini, Proton juga bakal memperkenalkan Saga dan Persona iaitu model penambahbaikan (facelift) pada 2016 ini, laporan Bernama.

“Dalam industri automotif, memang ada pinjam-meminjam teknologi. Malah syarikat kereta besar pun ada yang bertukar-tukar teknologi. Namun bagi Perdana baharu ini, kita cuma menggunakan platform sahaja dari Honda, selebihnya adalah usaha kita sendiri,” ujarnya.

Beliau turut berharap ketiga-tiga model ini akan memasuki pasaran secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Sambil menambah, model-model tersebut akan memiliki reka bentuk dan dilengkapi dengan sistem elektronik terkini mengikut cita rasa pengguna zaman ini, serta ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Mengakui prestasi Proton agak kurang baik setakat ini walaupun telah berusaha dengan gigih menghasilkan kereta yang berkualiti dan canggih setaraf kereta luar negara seperti model Iriz.

“Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan pengguna kurang baik. Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita dapati sambutan bagi model Preve lebih baik,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *