Proton bakal lancar model Perdana baharu tahun hadapan

By  |  0 Comments

perdana-phase-two

Proton telah mengesahkan model baharu bagi Proton Perdana bakal dilancarkan pada tahun hadapan, menjadikannya sebagai model pertama dari tiga model yang bakal dibawa masuk ke pasaran oleh pembuat kenderaan nasional ini pada 2016.

Menurut Proton, model baharu Perdana ini adalah rekaan pihaknya sendiri dan bakal dijual kepada rakyat Malaysia. Sedangkan model Perdana yang digunakan oleh kerajaan pada masa sekarang adalah daripada model Honda Accord.

Perkara ini telah didedahkan oleh StarBizWeek yang menemubual Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah yang disiarkan pada hujung minggu lalu.

Menurut Tun Mahathir, “Ia merupakan rekaan baharu, malah kami mengundang ramai vendor termasuk dalam dan luar negara. Syed Mokhtar (pemilik DRB, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary) yang telah mengambil alih sebuah syarikat pesawat yang juga mempunyai keupayaan untuk mereka bentuk kereta.Jadi mereka bekerja bersama kami. Jadi, semuanya akan membantu Proton untuk menghasilkan kereta yang berkualiti.”

Proton_MoU_05

Sambungnya lagi, “Anda lihat, mereka (jurutera Proton) memiliki kapasiti dan kemahiran. Tetapi tidak digunakan. Cara terbaik adalah menggunakan khidmat orang lain. Sebagai contoh, kereta direka oleh Italdesign Giugiaro, dan perlu berbelanja tinggi untuk itu. Tetapi sekarang ini, biar kami melakukannya sendiri.”

Mungkinkan Perdana baharu ini akan dipadankan dengan penjana kuasa Honda, atau pun enjin ciptaan Proton-Petronas sudah bersedia untuk digunakan. Pada tahun 2012, Proton telah berbelanja sebanyak RM63 juta untuk mendapatkan dan mempatenkan semua teknologi enjin Petronas, dan tahun lalu, telah disahkan teknologi suntikan terus dan suntikan terus turbo telah diperoleh serta boleh digunakan untuk semua jenis enjin.

“Jika Nissan mempunyai Infiniti, Toyota pula ada Lexus, tidak mustahil Proton akan memiliki Perdana sebagai kereta mewah kami,” ujar Tun Mahathir lagi.
.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *