Bomba Perlis nasihat pemilik kenderaan bawa alat pemadam api

By  |  0 Comments

Fire

Awal Disember 2014, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesyorkan agar setiap pengguna jalan raya memiliki alat pemadam api sebagai langkah pencegahan awal dalam kebakaran kenderaan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata alat berkenaan boleh mencegah kebakaran daripada merebak dengan cepat, selain dapat menyelamatkan mangsa dan harta benda.

Kenyataan ini turut senada dengan Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Muhammad Firdaus Yusop yang turut menasihatkan orang ramai yang memandu untuk pulang ke kampung bagi Aidilfitri minggu hadapan supaya membawa alat pemadam api dalam kenderaan mereka untuk kegunaan waktu kecemasan.

Katanya, seringkali kebakaran kenderaan bermula daripada kebakaran kecil pada enjin yang merebak menjadi besar sehingga tidak sempat dipadamkan jika tiada alat pemadam api. Justeru, dengan adanya alat pemadam api, ia boleh digunakan sementara menantikan bantuan tiba, laporan Bernama.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis turut melancarkan operasi khas ‘Ops Raya’ sebagai persiapan untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya bermula esok hingga 24 Julai ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq