Grand Saga beri diskaun tol 30% sempena Aidilfitri – Turut edar kad Touch N’ Go secara percuma

By  |  0 Comments

Grand Saga

Sempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini, Grand Saga Sdn Bhd, syarikat konsesi bagi Lebuh Raya Cheras-Kajang, akan memberi potongan 30 peratus ke atas bayaran tol bagi tempoh 24 jam mulai 12.01 tengah malam 17 Julai 2015 untuk pengguna laluan kutipan tol elektronik

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu juga akan mengedarkan 1,500 kad Touch ‘N’ Go secara percuma, dengan nilai keseluruhan RM10,500. Kad tersebut yang biasanya dijual pada harga RM10 setiap satu, akan didatangkan dengan nilai sedia ada RM2.

Di mana, kad itu akan diberi di plaza tol Cheras-Kajang pada 15 Julai ini, sementara stok masih ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *