Peugeot 308 bersedia diperkenalkan di Malaysia

By  |  0 Comments

Peugeot-308-Preview-0001

Nampak gayanya Nasim Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi Peugeot di Malaysia sudah bersedia memperkenalkan model 308 serba baharu di pasaran tempatan. Walau bagaimana pun tarikhnya masih belum dikhabarkan secara sahih. Namun model yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Kereta Tahunan Eropah Terbaik 2014 ini telah pun dipertontonkan kepada wakil pengedar Peugeot semalam.

Unit yang dipertontonkan ini adalah versi automatik diesel. Adakah ini bermakna Peugeot akan membawa masuk varian diesel untuk model 308 ini? Buat setakat ini, Peugeot cuma menawarkan varian diesel untuk model 508 dan 508 SW untuk pasaran Malaysia.

Dengan dua pilihan enjin diesel iaitu 1.6 HDi (92 hp/230 Nm atau 115 hp/270 Nm) atau 2.0 liter BlueHDi yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 hp dan tork 370 Nm.

Memandangkan model yang dipertontonkan ini transmisi automatik, kemungkinan besar ia mampu memberikan kuasa sehingga 150 hp dengan gear auto enam-kelajuan, sama seperti model Citroen Grand C4 Picasso yang telah tiba di Malaysia terlebih dahulu.

peugeot-308-engine-options-worldwide

Manakala bagi enjin petrol pula, 308 menawarkan penjana kuasa baharu PureTech 1.2 liter e-THP yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 130 hp dan tork 230 Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Namun varian 1.6 liter THP 156 iaitu model sedia ada mungkin boleh didapati tetapi ia dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Agak-agaknya bilakan model ini akan dilancarkan secara rasminya ya? Pasti ramai yang menanti…

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq