Citroen Grand C4 Picasso sudah berada di pasaran Malaysia – Harga RM190k

By  |  0 Comments

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_002-850x483

Citroen Malaysia telah mengesahkan varian Citroen Grand C4 Picasso 2.0 Blue HDi dijual pada harga atas jalan RM189,888, berserta insurans.

Dipadankan dengan penjana kuasa 2.0 liter empat silinder turbodiesel, ia mampu menghasilkan kuasa 148 hp pada 4,000 rpm dan tork 370 Nm pada 2,000 rpm. Gabungan bersama transmisi automatik enam kelajuan, Grand C4 Picasso 2.0 ini mampu mencatat kelajuan daripada titik sifar ke 100km/j dalam hanya 10.2 saat. Manakala kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan ialah 207 km/j.

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_006-850x539

Berkenaan dengan penggunaan bahan api, Citroen mendakwa model ini mampu mencatatkan 4.6 liter bagi setiap 100 km. Malah model bagi pasaran Malaysia ini turut dilengkapi dengan AdBlue untuk merendahkan tahap emisi oksida nitrogen. Di mana penapis biasa yang digunakan bagi kenderaan seumpama ini telah digantikan bagi menyesuaikan keadaan dengan bahan api Euro 2M di negara kita.

Antara elemen lain yang terdapat pada Grand C4 Picasso 2.0 ialah kawalan penghawa dingin automatik zon berkembar yang turut mempunyai corong bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, instrumen kluster digital 12 inci, navigasi, kamera undur, bumbung panoramik, pembuka pintu belakang elektronik, dan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti dengan tayar 225/45R18 Michelin Pilot Sport 3.

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_028-850x563

Selain itu, daya tarikan yang ada pada dalaman model ini ialah tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang mempunyai fungsi mengurut dan tempat rehat kaki yang beroperasi secara elektronik.

Bukan itu sahaja, sistem amaran pertukaran laluan, parkir automatik dan sistem amaran titik buta juga ditampilkan pada model ini. Manakala sistem keselamatan yang ditampilkan ialah enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan, cakera brek bagi keempat-empat tayar, dan tiga poin bagi ISOFIX.

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_066-850x563

Empat warna pilihan yang ditawarkan bagi Grand C4 Picasso 2.0 ini iaitu Noir Onyx (hitam), Blanc Banquise (putih), Blue Teles (biru) dan Rouge Babylone (merah).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *