Pusat 4S Proton sudah beroperasi di Sungai Petani

By  |  2 Comments

Pic 1

Pada mulanya ia hanya beroperasi sebagai bilik pameran sejak 2005, namun kini telah dinaik taraf menjadi pusat 4S pula. Pusat 4S Proton yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini, adalah di bawah operasi Mercu Usaha Mesra Corporation (MUMC).

Beroperasi di bangunan baharu berkeluasan 78,000 kaki persegi, ia merupakan pusat 4S kedua yang beroperasi di wilayah utara. Penaik tarafan oleh MUMC ini turut membuktikan kejayaan Proton di dalam melebarkan keupayaan di kalangan para pengedar jenama ini.

Menyediakan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan, jualan alat ganti dan mengecat, Pusat 4S Proton ini dilihat berupaya meningkatkan kepuasan dan kemudahan di kalangan para pelanggan Proton di kawasan sekitarnya. Malah, bagi memberikan kepuasan kepada para pelanggan, pusat 4S ini juga beroperasi selama tujuh hari seminggu.

Pic 3

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, “Orang selalu berkata, menghasilkan model kenderaan yang berkualiti tinggi tidak mencukupi jika gagal menyediakan kemudahan perkhidmatan selepas jualan yang diperlukan. Kenyataan ini sangat dipersetujui, lantaran pihak Proton sentiasa berusaha untuk memastikan kemudahan ini disediakan secukupnya. Malah ia membuktikan tahap komitmen Proton di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan.”

Setakat ini, Proton memiliki 270 buah pusat servis dan 16 cawangannya telah dipertingkatkan sebagai pusat 4S. Malah bermula 10 Oktober ini, sebanyak 47 cawangan akan beroperasi selama tujuh hari seminggu dan diikuti oleh cawangan lain pada Januari akan datang.

“Salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi dalam industri ini ialah apabila ada segelintir pengguna memilih untuk menggunakan alat ganti yang bukan tulen dan memilih untuk menghantar kereta mereka diservis di pusat servis yang tidak bertauliah. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada kereta terbabit, malah juga boleh membuatkan waranti (jika masih ada) terbatal serta-merta. Kini kami sudah mempunyai pusat servis yang beroperasi tujuh hari seminggu, jadi anda boleh menghantar kereta untuk diservis dengan lebih mudah,”tambah Harith lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *