Hyundai Experience Car Fest 2014 bakal berlangsung pada hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Elantra Slalom

Bagi yang teringin memandu uji mana-mana model Hyundai, peluang terbuka untuk anda pada 10 hingga 12 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal menganjurkan Hyundai Experience Car Fest 2014.

Penganjuran festival buat julung kalinya ini bakal membuka peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman pelbagai aktiviti termasuk pemanduan defensif, cabaran trak 4×4 dan sesi pandu uji mana-mana model popular Hyundai secara percuma.

Selain itu, sudut ruang hiburan bagi kanak-kanak juga bakal disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Bagi yang mahu mencabar diri menyertai pemanduan defensif ini, anda boleh merasai sendiri pengendalian model-model Hyundai bagi mengetahui tahap dinamik, kemantapan dan elemen keselamatan yang ditampilkan pada kenderaan terbabit. Antara modul bagi kursus pemanduan defensif ini ialah mengelak halangan, teknik kawalan stereng dan pelbagai lagi.

Veloster

Pada trek 4×4, anda juga berpeluang merasai sendiri kemantapan dan kestabilan sistem pacuan semua roda yang ada pada sesetengah model Hyundai termasuk melalui jalan berintangan dan sebagainya.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun, Hyundai Experience Car Fest 2014 ini merupakan peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai barisan model kenderaan keluaran Hyundai.

HSDM menjangkakan seramai 200 peserta bakal menyertai kursus pemanduan defensif ini dan jika berminat sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hyundai di talian 1-300-13-2000 atau layari laman media sosial FB rasmi Hyundai untuk keterangan lanjut.

Hyundai Experience Car Fest 2014 ini berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga 6.30 petang. Malah ia juga akan dianjurkan di Jalan Desa Tebrau, Taman Tebrau, Johor Bahru pada 17 hingga 19 Oktober ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *