ETCM naik taraf bilik pameran Nissan di Jitra

By  |  0 Comments

01_ETCM Jitra Showroom_Exterior

Baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah merasmikan bilik pameran Nissan yang telah dinaik taraf di Jitra. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan ETCM untuk meningkatkan lagi rangkaiannya di wilayah Utara.

Bilik pameran itu dinaik taraf daripada sebuah kepada dua buah lot kedai dan kini mempunyai keluasan sehingga 4,921 kaki persegi. Terletak di lokasi strategik di bandar Jitra, bilik pameran yang baharu ini mampu mempamerkan sehingga tiga buah model Nissan dan dikendalikan oleh sembilan orang penasihat jualan.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen, berkata, bilik pameran ini adalah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan serta mengembangkan perniagaan di daerah tersebut.

Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian yang ekstensif melibatkan 106 bilik pameran termasuklah pengedar dan 59 Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq