Kelewatan penghantaran Perodua Axia disebabkan masalah alat ganti

By  |  0 Comments

Perodua_Axia_Standard_vs_Advance_ 008

Menurut laporan BERNAMA petang ini, kelewatan penghantaran Perodua Axia bukan kerana isu kapasiti tetapi bagi mendapatkan alat ganti yang sesuai.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, penghantaran mungkin tertangguh sehingga enam bulan dan pihaknya berharap dapat mengurangkannya kepada 1.5 bulan menjelang akhir tahun.

“Kelewatan itu berikutan sambutan yang amat menggalakkan. Perodua telah menerima 32,000 tempahan sejak ia dilancarkan pada 15 Ogos lepas. kelewatan ini bukan kerana isu kapasiti berikutan kilang Perodua mampu mengeluarkan 7,000 hingga 8,000 unit sebulan. Ia kerana isu mendapatkan alat ganti yang sesuai dan kami kini bekerjasama rapat dengan vendor,” katanya.

Mengenai Bajet 2015, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok, Aminar berharap institusi kewangan tidak akan terlalu ketat berhubung kadar faedah bagi pinjaman kereta.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan Perodua mengeluarkan kenderaan yang mampu dimiliki, sebaliknya peraturan yang ketat bagi sewa beli memberi tekanan kepada industri.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *