Ops Warta buru pesalah trafik bermula Isnin ini – PDRM

By  |  0 Comments

PDRM

Awas bagi semua pesalah trafik tegar!

Bermula Isnin ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta bagi mengesan pesalah trafik di seluruh negara.

Menurut Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff, sasaran utama operasi besar-besaran itu ialah memburu pesalah yang enggan menyelesaikan saman trafik tertunggak berjumlah RM1.9 juta serta waran tangkap yang belum diselesaikan.

Malah operasi kali ini juga memberikan tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau ‘strobe light’ tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ops Nombor Pendaftaran pula bertujuan untuk mengawal penggunaan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang digunakan secara berleluasa sejak kebelakangan ini.

Berita ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi PDRM semalam.

Walau bagaimana pun, menurut laporan Harian Metro hari ini menambah, pihak PDRM mungkin menangguhkan operasi cermin gelap sehingga Kementerian Pengangkutan mengumumkan keputusan kajian semula peraturan mengenainya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *