Suzuki Swift RS lebih sporty – Berharga RM80k

By  |  0 Comments

Suzuki Swift RS InfoK 4

Ia dilancarkan hari ini bukan sempena dengan konsert Taylor Swift yang berlangsung malam tadi di ibu kota Kuala Lumpur. Atau pun bukan sempena dengan ‘Sepak Mula’ Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil bermula esok. Tetapi hari ini Suzuki Malaysia memilih untuk melancarkan model Swift RS selepas kemunculan model eksklusif Kizashi 2.4 sebagai merancakkan lagi pasaran automotif di negara kita.

Melihat sahaja logo ‘RS’ pertambahan selepas perkataan Swift pada kerangka hatchback ini, pastinya ramai yang sudah mampu menganggarkan kuasa pacuannya. Ops..sebelum itu, ‘RS’ bukanlah membawa maksud ‘Racing Sport’ atau ‘Rally Sport’. Tetapi ‘RS’ bagi Swift ini membawakan maksud ‘Reinvent Style’ atau pun ‘Gaya Yang Dicipta Semula’.

Ia umpama model edisi istimewa, hanya didatangkan dengan satu varian warna iaitu Superior White yang turut ditampilkan dengan lampu pencahayaan siang LED serta rim aloi bersaiz 16 inci dengan kekemasan metalik.

Bagi menambahkan imej yang tampak sporty, Swift RS ini juga dilengkapi kit badan penuh termasuk peresap pada bahagian hadapan dan belakang, side skirts dan spoiler serta ‘gradient roof-top’ dengan pelekat rekaan khas berwarna hitam-kemerahan.

Suzuki Swift RS InfoK 11

Pada bahagian kabinnya, Swift RS tampil dengan tempat duduk sporty material kulit yang diinspirasikan daripada perlumbaan rali, kekemasan pintu berwarna hitam dan merah serta jahitan perkataan ‘Swift’ pada tempat duduk hadapan. Malah ia juga didatangkan dengan sistem audio 2-DIN Kenwood, lengkap dengan paparan sesentuh, bersama fungsi Bluetooh, navigasi GPS dan kamera undur.

Suzuki Swift RS InfoK 19

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan roda stereng balutan kulit yang boleh dilaraskan, penghawa dingin automatikdan butang penghidup enjin.

Manakala bagi aspek keselamatannya, Swift RS dilengkapi dengan cakera brek belakang, ABS, EBD, Bantuan Brek dan juga dua beg udara.

Daripada sudut mekanikal, tiada sebarang perubahan, masih sama seperti model Swift 1.4 GLX yang mampu memberikan kuasa 95 PS pada 6,000 rpm dan tork 130 Nm pada 4,000 rpm. Juga dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Swift RS ini merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) telah dijual pada harga atas jalan RM79,388 tanpa insurans. Di mana harganya lebih sedikit berbanding Swift GLX iaitu dengan perbezaan RM5,600. Tetapi jauh lebih murah jika dibandingkan dengan model Swift Sport iaitu RM97,888 (manual) dan RM102,888 (CVT).

Pembelian model RS ini turut didatangkan dengan tiga tahun waranti atau had perbatuan 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Malah untuk bumbung berpelekat khas RS turut didatangkan dengan dua tahun waranti. Suzuki Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 500 unit setahun untuk model ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq