Pusat 3S Toyota dinaik taraf telah dilancarkan di Tawau

By  |  0 Comments

Tawau Branch

Memperluaskan lagi pasaran di Sabah, Toyota baru saja melancarkan pusat 3S di Tawau. Ia merupakan pusat 3S yang dinaik taraf sebagai memenuhi permintaan masa kini.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaluddin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor iaitu Datuk Takashi Hibi dan Datuk Ismet Suki selaku Presiden UMW Toyota Motor.

Tawau Branch is officially launch!

Bercakap pada majlis pelancarannya, Datuk Ismet berkata, UMW Toyota Motor kini memfokuskan untuk memberi Toyota Quality Experience (TQE) untuk para pemilik kenderaannya dalam pelbagai perkara berkaitan.

Pusat 3S terbaharu ini turut disasarkan untuk meningkatkan lagi jualan kenderaan Toyota, sekali gus memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh para pelanggannya.

Dengan kos sejumlah RM9 juta, pusat 3S yang dibina di atas kawasan seluas 2.25 ekar ini merangkumi bilik pameran yang mampu memuatkan enam buah kereta, lounce pelanggan yang dilengkapi dengan kemudahan WIFI dan juga ruang penyelenggaraan yang berkeupaya menyelenggara hampir 60 buah kenderaan sehari.

Berpegang pada falsafah, “Pelanggan didahulukan’, Toyota berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik seperti mana yang diharapkan oleh para pelanggan mereka. Selain itu, Toyota juga tampil dengan komitmen mahu menghasilkan produk paling berkualiti dan mengekalkan posisi sebagai jenama bukan-nasional No.1 di negara ini yang telah diraih selama leboh dua dekad.

Pusat 3S ini merupakan pelaburan terbaharu UMW Toyota Motor. Malah menyasarkan untuk membuka lebih banyak pusat 3S seumpama ini. Buat setakat ini, UMW Toyota Motor sudah pun memiliki 92 pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *