Volkwagen perkenalkan aplikasi “Onefootball Brasil” sempena Piala Dunia FIFA 2014

By  |  0 Comments

Print

Sempena dengan Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil bermula pada hari ini hingga 14 Julai, Volkswagen (VW) telah mengumumkan pelancaran global aplikasi “Onefootball Brasil”.

Sudah boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play dan Windows Phone Store, aplikasi “Onefootball Brasil” bertindak selaku platform sehenti untuk peminat tegar bola sepak dalam mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai pertandingan sukan terbesar di dunia itu.

Memaparkan antara muka yang mesra pengguna, para peminat bola sepak boleh mendapatkan kemas kini secara serta-merta berkaitan pasukan kegemaran mereka serta keputusan perlawanan melalui satu saluran maklumat secara langsung.

Mereka juga boleh terlibat dalam setiap perlawanan dengan menyatakan ramalan keputusan dan mengundi ‘Pemain Terbaik Permainan’ (Man of the Match) dalam setiap perlawanan.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer berkata, “Sama ada di Jerman atau Malaysia, Brazil atau England, seluruh dunia akan mengalami demam bola sepak pada Jun dan Julai ini. Kami percaya aplikasi ini memberi peluang terbaik kepada Volkswagen untuk membantu meningkatkan lagi pengalaman Piala Dunia FIFA 2014 dalam menyatukan peminat-peminat kami di seluruh dunia.”

Selari dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan paling popular di dunia ini, Volkswagen Group Malaysia juga menganjurkan satu peraduan yang menawarkan sebuah Polo Sedan sebagai hadiah utamanya.

Berlangsung mulai 22 Mei hingga 13 Julai, para peminat Volkswagen dan orang ramai hanya perlu pergi ke mana-mana bilik pameran Volkswagen di seluruh negara dan pandu uji apa jua kenderaan dalam rangkaian model Volkswagen untuk peluang memenangi sebuah Polo Sedan.

Maklumat lanjut mengenai aplikasi Onefootball Brasil, sila layari laman web www.onefootball.com/brasil-by-volkswagen.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *