Citroen Grand C4 Picasso baharu kini sudah boleh ditempah

By  |  0 Comments

Citroen Grand C4 Picasso

Naza Euro Motors, pengedar rasmi Citroen, telah mengumumkan bahawa model Citroen Grand C4 Picasso telah mula dibuka tempahannya. MPV varian diesel baharu ini tampil dengan rekaan yang lebih impresif, malah turut dilengkapi dengan pelbagai elemen menarik serta memiliki ruang dalaman yang lebih luas.

Mengetengahkan imej elegan yang mempesonakan serta karakter yang ekspresif, Grand C4 Pisasso ini menerima rekaan baharu pada bahagian hadapan. Manakala bahagian belakangnya turut diperbaharui. Malah ia turut tampil dengan lampu LED 3D yang bukan sekadar untuk bergaya, tetapi juga lebih praktikaliti.

Bagi ruang kabinnya pula, ia mempertaruhkan imej yang lebih sofistikated. Ia dipenuhi dengan teknologi kreatif dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, skrin panoramik HD bersaiz 12 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur. Bukan itu sahaja, tempat duduk pemandu dan penumpang dihadapan juga turut berfungsi sebagai kerusi urut.

Citroen Grand C4 Picasso direka dengan kerangka yang tegar, mantap dan berkualiti. Pastinya ia turut membantu daripada segi kestabilan kenderaan.

Malah sempena dengan promosi Hari Raya, model ini bakal berada di bilik pameran Citroen secara eksklusif pada 14 dan 15 Jun ini.

Buat masa ini, harga bagi MPV ini masih belum didedahkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila berkunjung ke bilik pameran Citroen berhampiran.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *