Pusat Latihan Perantis Mercedes sambut ulang tahun yang ke-30

By  |  0 Comments

Photo 1

Mercedes-Benz Malaysia hari ini meraikan ulang tahun yang ke-30 penubuhan Pusat Latihan Perintis atau Apprentice Training Centre (ATC) yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Dengan pelaburan sebanyak RM30 juta sejak 10 tahun yang lalu, ATC digunakan bagi melahirkan perintis di dalam industri automotif. Di mana graduan ATC berkelayakan menjadi juruteknik bertauliah khususnya bagi rangkaian pengedar Mercedes-Benz Malaysia di seluruh negara.

Menurut Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, ATC merupakan salah satu cabang penting buat Mercedes-Benz Malaysia dalam strategi untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi para pelanggan.

Mercedes-Benz Malaysia merupakan perintis di dalam teknologi automotif, berpegang pada motto “The Best Or Nothing”, dan mengamalkan konsep ‘pembelajaran sendiri’ dan ‘pembelajaran sepanjang hayat’. Dengan dua konsep yang diamalkan ini, pembangunan inovasi dapat diteruskan.

Photo 2

ATC yang ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu semakin berkembang pesat. Malah sehingga kini, pusat latihan ini bukat setakat mampu menghasilkan tenaga pakar, malah menepati kehendak rakan niaga Mercedes-Benz Malaysia sendiri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, ATC telah melahirkan lebih 700 perintis yang kebanyakannya kini bekerja dengan pusat penyelenggaraan Mercedes-Benz di seluruh negara. Malah pada penghujung bulan ini, ATC bakal menyambut graduan baharu.

Majlis ulang tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin yang turut berkunjung ke ATC hari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *