Proton bakal bekerjasama dengan Geely bagi meluaskan pasaran di China – PM

By  |  0 Comments

proton-geely

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Beijing, China, dilihat sebagai salah satu jalinan diplomasi bagi mengeratkan lagi hubungan kedua buah negara. Malah ia juga mampu membentuk kerjasama yang lebih erat di antara Malaysia dan China. Bukan setakat ‘meminjamkan’ panda kepada Malaysia baru-baru ini, malah China juga dilihat menggalakkan syarikat-syarikat mereka bekerjasama dengan syarikat di negara kita.

Datuk Seri Najib turut mengesahkan bahawa Proton juga bakal bekerjasama dengan pengeluar kereta dari tersebut, Geely Automobile Holdings Ltd, untuk meluaskan pasaran di negara tembok besar itu.

Beliau berkata Proton dan Geely kini dalam peringkat rundingan setelah menandatangani ‘perjanjian hasrat’ pada 22 April lepas yang disaksikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara skop kerjasama yang bakal diterokai termasuklah reka bentuk kereta, penyumberan, pengeluaran, pemasaran, import dan pengedaran ke pasaran Asean dan China.

Jika perjanjian antara Proton dan Geely dimeterai, pengeluar kereta Malaysia itu bakal mengeluarkan kereta berdasarkan reka bentuk model Geely.

Malah menerusi mesyuarat dua hala yang dihadiri Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri China Li Keqiang, beliau meminta kerjasama dan sokongan kerajaan China dalam menjayakan usaha sama Proton dan Geely itu.

Geely ialah pengeluar kereta yang memberi tumpuan ke atas bidang pembangunan, pengeluaran dan jualan kenderaan penumpang, dengan sebahagian besar kenderaannya dijual di pasaran China.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *