Chevrolet Colorado & Sonic terima pengiktirafan ASEAN NCAP

By  |  0 Comments

Chevrolet Colorado

Chevrolet berjaya reputasinya terhadap aspek keselamatan bila mana model Colorado dan Sonic menerima pengiktirafan dalam Fasa Ketiga daripada New Car Assessment Program untuk negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN NCAP.

Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies, Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, keputusan ini merupakan bukti bahawa Chevrolet mampu memberikan kualiti dan komitmen yang padu untuk menampilkan teknologi keselamatan terbaik bagi setiap kenderaan keluarannya.

Malah dengan pengiktirafan ini turut memberikan reputasi yang cemerlang buat Chevrolet daripada segi keselamatan dan kebolehpercayaan. Secara tidak langsung mengundang keyakinan para pelanggan.

Chevrolet Sonic

Colorado menerima pengiktirafan lima bintang untuk Pelindungan Penumpang Dewasa dan tiga bintang bagi Pelindungan Penumpang Kanak-kanak. Manakala Sonic pula menerima pengiktirafan empat bintang untuk kedua-dua kategori.

Keputusan ini diumumkan dalam dua majlis berbeza iaitu Forum Global NCAP 2014 di Melbourne, Australia dan ASEAN NCAP di Melaka.

Ini merupakan kali pertama Chevrolet mengambil bahagian di dalam ujian ASEAN NCAP dan Colorado merupakan salah satu daripada dua model trak pikap yang diuji oleh organisasi berkenaan.

Colorado direka dan dibangunkan sebagai trak pikap bersaiz sederhana yang diyakini sebagai kenderaan paling selamat di dalam kelasnya. Ia turut dilengkapi dengan aspek keselamatan standard seperti Kawalan Kestabilan Elektronik, ABS dengan EBD, Kawalan Cengkaman, Bantuan Brek Hidraulik dan Kawalan Brek Selekoh serta beg udara buat pemandu dan penumpang sebagai pelindungan utama.

Manakala Sonic pula direka dengan pakej yang lebih sesuai untuk golongan muda serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD, Bantuan Brek Hidraulik dan dua beg udara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *