Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ tawar hadiah hebat

By  |  0 Comments

Participate in the exciting Shell Helix Time Attack Challenge on a 3D Motion Simulator

Pengeluar minyak enjin jenama terkenal, Shell Helix bakal menganjurkan pameran bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ di ruang legar North Court Mid Valley Megamall dari 4 hingga 8 Jun 2014. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan pelbagai acara yang disediakan, malah berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai pelbagai permainan interaktif.

Sepanjang pameran lima hari ini, yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, orang ramai boleh menyertai Shell Helix Time Attack Challenge berlandaskan 3D Motion Racing Simulator untuk mencabar pemenang lain dalam pusingan akhir cabaran.

Upload a selfie or wefie in the #cleanmyengine Instagram contest and win a beach holiday for two

Selain itu, banyak lagi aktiviti menarik yang bakal berlangsung termasuklah menyelam untuk mencari bahagian enjin yang tersembunyi, peraduan meneka bilangan botol Shell Helix Ultra dalam kereta dan peraduan Instagram #cleanmyengine dengan memuat naik gambar diri sendiri (selfie) atau berkawan (wefie).

Antara hadiah yang bakal menanti pemenang bertuah ialah iPad Mini, baucar percutian untuk dua orang ke Berjaya Tioman Resort bernilai RM1,500 dan bekalan minyak enjin Shell Helix Ultra 5W-40 untuk dua tahun.

Terdapat juga tawaran eksklusif dengan pembelian minyak motor Shell Helix, termasuk minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim, pameran bergerak ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pengguna tentang kelebihan perlindungan enjin yang diberikan oleh minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra baharu dengan teknologi Pureplus dan kesedaran orang ramai terhadap promosi global Shell Helix “The Ultimate Ferrari Experience” 2014.

Malah pada tahun ini, promosi global Shell Helix akan memberi peluang kepada lima pemenang hadiah utama yang bertuah menyertai pemenang lain dari seluruh dunia untuk percutian VIP lima hari empat malam, dengan semua perbelanjaan ditanggung, ke Spa-Francorchamps, Belgium, untuk menyaksikan Formula One Grand Prix Belgium 2014 pada penghujung bulan Ogos.

Promosi global Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ 2014 merangkumi peraduan dua peringkat dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan dibuka kepada pelanggan yang membeli pek empat liter Shell Helix Ultra atau sebarang produk lain dari rangkaian HX7.

Peringkat Satu peraduan menawarkan 10 hadiah pertama berupa wang tunai RM1,500 setiap satu dan 10 hadiah kedua iaitu wang tunai RM1,000. Manakala 10 pemenang hadiah ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang.

Seramai 10 pemenang hadiah pertama dalam Peringkat Satu akan berpeluang untuk bertanding dalam cabaran khas go-kart dalam Peringkat Dua untuk merebut lima tempat sebagai pemenang hadiah utama yang akan ke Belgium.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *