Citroen taja kereta rasmi untuk Jovian Mandagie Fashion Show 2014

By  |  0 Comments

Dato Samson with Jovian Mandagie

Pagi ini bertempat di Hotel Pullman, Bangsar, menyaksikan penyerahan kereta Citroen hasil tajaan Naza Euro Motors Sdn Bhd kepada pereka fesyen tempatan terkenal, Jovian Mandagie. Di mana ia dijadikan sebagai kenderaan rasmi bagi Jovian Mandagie Fashion Show 2014. Malah barisan model DS Citroen turut akan dipamerkan di lokasi pertunjukan fesyen tersebut.

Menurut COO Naza Euro Motors Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George, label di bawah Jovian Mandagie dianggap sebagai revolusi rekaan fesyen kontemporari bertaraf tinggi bagi dunia fesyen tempatan. Malah ia juga sangat bersesuaian dengan imej yang dibawa oleh Citroen DS3.

Barisan model DS yang terdapat di pasaran Malaysia iaitu Citroen DS3, DS4 dan DS5 diedarkan oleh Naza Euro Motors iaitu pengedar rasmi bagi jenama Citroen di sini. Dengan model terbaharunya, DS3, yang dilancarkan pada 26 Februari lalu. Ia dijual pada harga atas jalan RM117,888 termasuk insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *