Ferrari California T sudah muncul di Malaysia

By  |  0 Comments

Ferrari-California-T-6-850x566

Sebuah lagi model jentera mewah telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia iaitu Ferrari California T yang secara rasminya telah pun dilancarkan semalam di bilik pameran NAZA Italia. Jentera prestasi tinggi ini dilengkapi dengan enjin 3.8 liter turbo berkembar V8 yang pastinya mampu meledakkan lagi adrenalin di dalam pemanduan dan pengendaliannya.

Malah ia juga dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 560 hp dan tork puncak 755 Nm.

Model terkini bagi generasi California ini juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien biar pun mampu meledakkan kuasa luar biasa. Ferrari mendakwa model ini mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus iaitu pada kadar 10.5 liter bagi setiap 100 km.

Ferrari-California-T-44-850x566

Model convertible grand touring (GT) ini juga menampilkan sensasi pemanduan yang tersendiri dengan mengekalkan keistimewaan jati diri jenama Ferrari.

Malah sport car ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman F1 dan mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 316 km/j.

Ferrari-California-T-27-850x566

Selain menambahkan lagi prestasinya, Ferrari California T juga diberi tumpuan pada rekaan luaran dan dalaman yang lebih menguja. Menampilkan imej yang elegan, sporty, gaya yang tersendiri dan nilai eksklusif, model ini mampu menambahkan lagi ‘saham’ keluarga California sejak ia diperkenalkan pada tahun 50-an.

Menawarkan tujuh tahun penyelenggaraan percuma, Ferrari California T ini dijual pada harga RM888,800 (sebelum cukai) dan harga atas jalannya bakal diumumkan secara rasmi oleh Ferrari tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq