Proton mahu jalin kerjasama dengan pembuat kereta Jepun

By  |  0 Comments

PersonaSV24

Memetik laporan BERNAMA dari Tokyo, Jepun berhubung dengan Proton Holdings Bhd sedang berunding dengan beberapa syarikat pembuat kereta Jepun tentang kemungkinan bakal menjalinkan kerjasama pada masa yang akan datang. Laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Walau bagaimana pun, sebarang kerjasama strategik yang bakal terjalin itu mungkin tidak melibatkan Mitsubish.

Menurut Tun Mahathir, pihak Proton sedang mempertimbangkan pembuat automotif Jepun yang lain. Buat masa ini, Proton bekerjasama dengan pihak Honda.

Dalam pertemuan bersama dengan pihak media tempatan itu juha, Tun Mahathir sangat optimis dengan masa depan Proton dan yakin bahawa prestasi syarikat ini boleh dipertingkatkan lagi. Malah Proton juga akan mengkaji dengan lebih teliti untuk terus mengeksport kenderaan buatan mereka ke negara luar.

SuprimaSP22

Biar pun pasaran automotif Malaysia kecil sahaja, namun bagi Tun Mahathir, Proton juga perlu memberikan tumpuan kepada eksport dan akan mengkaji negara-negara yang boleh menjadi destinasi pasaran kenderaan Proton supaya pengeluaran boleh dipertingkatkan lagi. Malah mengakui Proton mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar tetapi tidak digunakan.

Bagi rancangan jalinan kerjasama ini, Proton ingin mempelawa syarikat-syarikat kereta Jepun untuk beroperasi di Malaysia kerana Proton sendiri boleh menawarkan sebahagian besar kilang pengeluarannya kepada mana-mana pelabur yang ingin mengeluarkan kereta di Malaysia.

Malah Tun Mahathir juga berkata pembuat kereta Jepun yang berminat boleh mempertimbangkan Kedah yang dirancangkan sebagai hab automotif. Ini kerana di negeri berkenaan, pelabur Jepun boleh meraih manfaat daripada tenaga buruh yang baik serta bekalan bahan getah dari Malaysia dan juga Thailand.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *