Renault Fluence bakal dilancarkan pada 22 Mei ini

By  |  0 Comments

Fluence_Logo

Selepas memperkenalkan Renault Clio 200 EDC pada 25 Mac yang lalu, TC Euro Cars Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi jenama Renault bagi pasaran Malaysia bakal melancarkan model Fluence pada 22 Mei ini. Malah Renault Malaysia juga telah mewar-warkan berita gembira ini melalui laman sosial Facebook mereka pada pagi tadi.

Beberapa hari yang lalu, Renault Malaysia turut mendedahkan dua elemen yang terdapat pada Fluence ini iaitu pengehad kelajuan (speed limiter) dan enam beg udara.

Screen Shot 2014-05-12 at 12.05.56

Berdasarkan sumber yang diperoleh, Renault Fluence ini merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Tan Chong Motor Assemblies. Kemungkinan besar ia bakal tampil dengan enjin 2.0 liter empat silinder dengan padanan kotak gear CVT.

Apa pun, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Renault Fluence ini, nantikan perkembangan selanjutnya pada hari pelancarannya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *