Pusat 3S Honda Selayang tampil dengan identiti korporat baharu (Honda CI)

By  |  0 Comments

kah-motor-selayang-1-850x421

Kah Motor Selayang merupakan pusat 3S pertama Honda yang tampil dengan identiti korporat baharu (Honda CI) dan menawarkan perkhidmatan premium untuk kemudahan para pelanggannya. Telah dilancarkan pada pagi ini, penampilan Honda CI ini bagi menyalurkan kemudahan jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang kepuasan para pelanggan. Malah ia juga disasarkan mampu memberikan fasiliti terbaik seperti yang dikehendaki oleh para pelanggan di rantau ini.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, penampilan Honda CI ini disasarkan sebagai penanda aras bagi jualan automotif dengan mengekalkan standard operasi terkini

Di bawah penampilan Honda CI ini, keperluan pelanggan menjadi keutamaan. Di mana kemudahan, keselesaan dan pengalaman keseluruhan menjadi kunci utama dan Honda Malaysia turut berharap melalui CI ini, kepuasan para pelanggan dapat dipenuhi secara optimum.

kah-motor-selayang-2-850x469

Memiliki ruang seluas 157,000 kaki persegi, ia turut menampilkan 28 ruang penyelenggaraan yang mampu mengendalikan 140 buah kenderaan setiap hari.

Honda Malaysia turut mensasarkan bakal memiliki 90 pengedar pada tahun 2015 dengan kesemuanya menerapkan Honda CI ini menjelang 2016. Buat setakat ini, Honda Malaysia memiliki 75 pengedar di Malaysia iaitu 71 daripada merupakan pusat 3S dan selebihnya ialah Pusat 4S.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *