Pusat 3S Ford kini berada di Klang

By  |  0 Comments

Ford 3S Centre Opening_1

Bagi pemilik kenderaan Ford di sekitar bandar diRaja Klang atau kawasan berhampiran dengannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang merupakan pengedar jenama ini di Malaysia baru saja melancarkan Pusat 3S baharu di daerah tersebut.

Terletak di Persiaran Raja Muda Musa, kemudahan baharu itu adalah sebahagian daripada pengembangan rangkaian pengedar Ford dalam meningkatkan khidmat pelanggan di Malaysia. Sehingga kini, Ford telah pun memiliki 47 lokasi pengedar di seluruh negara yang menawarkan khidmat jualan dan servis. Malah Ford juga telah merancang untuk mencapai sasaran 50 lokasi pengedar pada tahun ini.

Ford 3S Centre Opening_3

Dioperasikan oleh Semangat Anggun Auto Sdn Bhd, pusat 3S ini telah dinaik taraf secara signifikan daripada kemudahan sebelumnya. Ia terdiri daripada sebuah bilik pameran, pusat servis dan bahagian alat ganti. Pusat pengedaran Ford di Klang merupakan salah satu daripada tiga cawangan Semangat Anggun Auto.

Menurut Pengarah Urusan kata Pengarah Urusan, Pasaran Pembangunan Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman, Ford mahu terus meningkatkan rangkaian pengedar dan tawaran servis kepada pelanggan. Dengan objektif untuk menyokong transformasi berdasarkan kepada produk bisnes Ford di Malaysia. Kemudahan yang dinaik taraf ini akan menyokong usaha Ford untuk menyediakan pengalaman pelanggan dan pemilikan yang terbaik.

Ford 3S Centre Opening_2

Pusat 3S ini turut mempamerkan pelbagai kenderaan global Ford yang terdapat di Malaysia, termasuklah model Fiesta 1.0L EcoBoost baharu dan Fiesta 1.5L, Kuga, Focus dan Ranger. Kemudahan yang dinaik taraf juga mempunyai sebuah lounge yang selesa dan mesra pengguna, lengkap dengan Wi-Fi percuma, TV serta kemudahan-kemudahan lain yang memastikan kemudahan pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *